Ilhan Fandi secara tidak sengaja menjadi ikon ‘6-7’ selepas membantu Singapura layak ke Piala Asia AFC 2027.
Penyerang berusia 23 tahun itu menjaringkan gol kemenangan ke atas Hong Kong di Stadium Kai Tak, sekali gus memastikan kemaraan The Lions ke Piala Asia buat pertama kali sejak 1984.
Gol penentu itu hadir pada minit ke-67, menjadikan Ilhan popular dalam kalangan peminat muda bola sepak Singapura.
View this post on Instagram
Momen menceriakan yang dikongsikan akaun Singapore Youth League itu menambah suasana positif apabila penyokong hadir beramai-ramai di Lapangan Terbang Changi pada Rabu bagi menyambut kepulangan skuad negara.
Kejayaan anak buah Gavin Lee di Hong Kong turut disertai ganjaran kewangan apabila presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Forrest Li, mengumumkan skuad itu akan menerima sekitar S$2 juta atas pencapaian bersejarah tersebut.
View this post on Instagram



