Padel sah sertai senarai acara Sukan Asia

Sukan padel bakal melakukan penampilan sulung di Sukan Asia selepas Majlis Olimpik Asia (OCA) secara rasmi mengiktiraf Persekutuan Padel Antarabangsa (FIP).

Pengumuman pada 10 November itu menjadi langkah besar bagi sukan yang sedang berkembang pesat untuk disenaraikan dalam temasya pelbagai acara terbesar benua Asia yang diadakan setiap empat tahun.

Perkembangan tersebut menyusul selepas padel dipertandingkan di Sukan Amerika Selatan 2022, Sukan Eropah 2023 dan Sukan Mediterranean 2026.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FIP (@padelfip)

Presiden FIP, Luigi Carraro, menyifatkan keputusan OCA itu sebagai detik bersejarah.

“Penyertaan di Sukan Asia adalah satu pencapaian besar untuk padel,” katanya.

“Atlet-atlet kami kini berpeluang bersaing di salah satu pentas sukan terbesar dunia.”

Sukan Asia edisi seterusnya akan berlangsung di Aichi-Nagoya pada 2026 dari 19 September hingga 4 Oktober, sebelum Doha menjadi tuan rumah pada 2030.

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW