Aprilia kuasai ujian MotoGP Jerez, Ogura terpantas

(MotoGP)

Aprilia tampil dominan dalam sesi ujian MotoGP di Jerez pada Isnin apabila mengisi tiga kedudukan teratas catatan masa.

Ujian sehari itu berlangsung sejurus tamat Grand Prix Sepanyol 2026 yang dimenangi Álex Márquez.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPOTV SEA (@spotvsea)

Namun, pemenang perlumbaan itu sekadar mencatat masa keenam terpantas, dengan catatan 1:36.394 pada sesi pagi yang tidak berjaya diperbaiki pada sebelah petang.

Pelumba Trackhouse, Ai Ogura, mencatat masa terpantas 1:35.944, hanya 0.005 saat di hadapan rakan sepasukan Raúl Fernández.

Pendahulu kejuaraan, Marco Bezzecchi, melengkapkan dominasi Aprilia di tempat ketiga, 0.328 saat di belakang catatan terpantas.

Juara bertahan Marc Márquez pula muncul pelumba terpantas bukan daripada Aprilia di tempat keempat, diikuti Pedro Acosta dari KTM di tangga kelima.

Musim MotoGP 2026 akan bersambung di Le Mans bagi Grand Prix Perancis dari 8 hingga 10 Mei, yang boleh disaksikan secara langsung di SPOTV NOW.

Pelumba Pasukan Jentera Masa Terbaik Jurang
1 Ai Ogura Trackhouse MotoGP Team Aprilia 1:35.944
2 Raul Fernandez Trackhouse MotoGP Team Aprilia 1:35.949 0.005
3 Marco Bezzecchi Aprilia Racing Aprilia 1:36.272 0.328
4 Marc Marquez Ducati Lenovo Team Ducati 1:36.277 0.333
5 Pedro Acosta Red Bull KTM Factory Racing KTM 1:36.299 0.355
6 Alex Marquez BK8 Gresini Racing MotoGP Ducati 1:36.394 0.450
7 Fabio Quartararo Monster Energy Yamaha MotoGP Team Yamaha 1:36.439 0.495
8 Fabio Di Giannantonio Pertamina Enduro VR46 Racing Team Ducati 1:36.477 0.533
9 Johann Zarco Castrol Honda LCR Honda 1:36.658 0.714
10 Francesco Bagnaia Ducati Lenovo Team Ducati 1:36.671 0.727
11 Jorge Martin Aprilia Racing Aprilia 1:36.683 0.739
12 Enea Bastianini Red Bull KTM Tech3 KTM 1:36.687 0.743
13 Diogo Moreira Pro Honda LCR Honda 1:36.878 0.934
14 Luca Marini Honda HRC Castrol Honda 1:36.896 0.952
15 Joan Mir Honda HRC Castrol Honda 1:36.977 1.033
16 Brad Binder Red Bull KTM Factory Racing KTM 1:36.980 1.036
17 Jack Miller Prima Pramac Yamaha MotoGP Yamaha 1:37.008 1.064
18 Fermin Aldeguer BK8 Gresini Racing MotoGP Ducati 1:37.039 1.095
19 Franco Morbidelli Pertamina Enduro VR46 Racing Team Ducati 1:37.071 1.127
20 Daniel Pedrosa Red Bull KTM Factory Racing KTM 1:37.483 1.539
21 Toprak Razgatlioglu Prima Pramac Yamaha MotoGP Yamaha 1:37.490 1.546
22 Alex Rins Monster Energy Yamaha MotoGP Team Yamaha 1:37.541 1.597
23 Lorenzo Savadori Aprilia Racing Aprilia 1:37.737 1.793

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW