Axelsen dan beberapa nama besar badminton yang tidak beraksi di Terbuka Malaysia 2026

Peminat badminton kembali dihidangkan dengan aksi Jelajah Dunia BWF apabila musim 2026 membuka tirai menerusi Terbuka Malaysia di Axiata Arena dari 6 hingga 11 Januari.

Sebagai antara kejohanan paling berprestij dalam kalendar, kejohanan di Kuala Lumpur lazimnya menghimpunkan pemain terbaik dunia dan sering menjadi penanda aras awal bagi saingan sepanjang tahun.

Namun, edisi pembukaan musim kali ini akan berlangsung tanpa beberapa nama besar yang terpaksa menarik diri. Berikut antara mereka.

Viktor Axelsen

Masalah belakang yang dihadapi bintang perseorangan lelaki Denmark ini masih belum pulih sepenuhnya, menyebabkan beliau terlepas aksi Terbuka Malaysia serta Terbuka India minggu berikutnya. Pada musim lalu, Axelsen hanya sempat membuat penampilan dalam lapan kejohanan Jelajah Dunia selain beraksi di BXL Jakarta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Viktor Axelsen (@viktoraxelsen)

Li Shi Feng

Pemain nombor lima dunia ini tidak akan beraksi di Terbuka Malaysia tahun ini selepas masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan buku lali yang dialaminya ketika berdepan Chou Tien Chen di Jelajah Dunia Akhir bulan lalu.

Gregoria Mariska Tunjung

Tiada sebab rasmi diumumkan bagi penarikan diri pemain perseorangan wanita Indonesia ini. Namun, ia berkemungkinan berkait dengan masalah vertigo yang menjejaskan sebahagian besar musim 2025 beliau dan memaksanya terlepas beberapa kejohanan penting. Pemenang pingat gangsa Olimpik 2024 ini kali terakhir beraksi di Sukan SEA 2025 di Thailand dan membantu Indonesia meraih naib juara acara berpasukan wanita.

Yeo Jia Min

Ketidakhadiran pemain Singapura berusia 26 tahun ini bukan sesuatu yang mengejutkan selepas beliau terpaksa menarik diri daripada acara perseorangan wanita di Sukan SEA 2025 akibat kecederaan hamstring. Walaupun terlepas kejohanan pembukaan musim di Kuala Lumpur, Yeo tetap memulakan 2026 dengan berita gembira selepas mengumumkan pertunangannya dengan bekas perenang kebangsaan, Pang Sheng Jun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jia Min Yeo (@yeo_jiaminn)

Pornpawee Chochuwong

Pemain Thailand ini tidak sempat pulih tepat daripada kecederaan otot betis kiri yang dialaminya di Jelajah Dunia Akhir. Menurut Pornpawee, ia merupakan kecederaan sama yang memaksanya menarik diri ketika menentang An Se-young di Terbuka Korea pada September lalu.

Wang Chi-lin/Chiu Hsiang-chieh

Pasangan beregu lelaki Chinese Taipei ini akan terlepas tiga kejohanan pertama musim 2026. Walaupun tiada alasan rasmi diumumkan, ketidakhadiran mereka dipercayai berkait dengan masalah kesakitan kaki yang dialami Chiu ketika Jelajah Dunia Akhir.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 王齊麟 (@chilinwang)

Rin Iwanaga/Kie Nakanisi

Pasangan Jepun ini menarik diri daripada Terbuka Malaysia dan Terbuka India selepas Iwanaga mengalami kecederaan bahu.

Kim Jae-hyeon/Jeong Na-eun

Jeong tidak akan beraksi dalam acara beregu campuran di Terbuka Malaysia tahun ini. Namun, beliau masih dijadualkan turun dalam acara beregu wanita bersama Lee Yeon-woo.

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW