MotoGP bakal memasuki fasa awal musim 2026 apabila pasukan-pasukan bersiap sedia memperkenalkan livery baharu serta hala tuju teknikal masing-masing menerusi siri pelancaran rasmi.
Bermula dari pertengahan Januari hingga awal Februari, sesi pelancaran pasukan bakal menjadi petunjuk awal tahap kesediaan masing-masing menjelang ujian rasmi di Litar Antarabangsa Sepang dan Litar Antarabangsa Chang, sebelum tirai musim dibuka di Thailand.
Peminat boleh mengikuti perlumbaan pembukaan musim serta keseluruhan aksi MotoGP 2026 secara langsung di SPOTV NOW.
View this post on Instagram
Berikut ialah senarai tarikh pelancaran pasukan MotoGP 2026 yang telah disahkan:
| Pasukan | Tarikh |
|---|---|
| Prima Pramac Yamaha MotoGP | 13 Januari |
| Pertamina Enduro VR46 Racing Team | 14 Januari |
| Aprilia Racing | 15 Januari |
| Ducati Lenovo Team | 19 Januari |
| Monster Energy Yamaha MotoGP | 21 Januari |
| Trackhouse Racing | 21 Januari |
| Red Bull KTM Factory Racing | 27 Januari |
| Red Bull KTM Tech3 | 27 Januari |
| BK8 Gresini Racing MotoGP | 31 Januari |
| LCR Honda | 1 Februari |
| Honda HRC Castrol | 2 Februari |



