Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan pada hari Ahad bahawa semua pertandingan kelab AFC yang melibatkan pasukan dari Zon Barat ditangguhkan sehingga diberitahu kelak susulan tercetusnya konflik bersenjata di Timur Tengah.
Ketegangan tersebut bermula pada 28 Februari selepas Israel dan Amerika Syarikat melancarkan serangan ke atas Iran, yang kemudiannya mencetuskan tindakan balas dari negara itu di seluruh rantau berkenaan.
🟡 The Asian Football Confederation (AFC) has confirmed that our next game against AlWasl, originally scheduled on March 4, 2026, are postponed until further notice. pic.twitter.com/XrIJVMNclc
— AlNassr FC (@AlNassrFC_EN) March 1, 2026
Empat kelab Liga Pro Saudi terkesan secara langsung dengan keputusan tersebut, iaitu Al Hilal, Al Ahli dan Al Ittihad dalam saingan AFC Champions League Elite, serta Al Nassr dalam AFC Champions League Two.
“Pihak AFC akan terus memantau rapat situasi yang berkembang dengan pantas ini dan kekal komited dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan semua pemain, pasukan, pegawai dan penyokong,” kata AFC dalam satu kenyataan rasmi.
Sementara itu, badan induk itu mengesahkan bahawa perlawanan yang melibatkan kelab dari Zon Timur dalam semua pertandingan kelab AFC akan diteruskan seperti yang dijadualkan.
View this post on Instagram



