Sepakan percuma menarik Juan Mata untuk Melbourne Victory ketika menentang Sydney FC pada hari Sabtu mendapat pujian daripada kapten Manchester United, Bruno Fernandes.
Pemain berusia 37 tahun itu membuka tirai jaringan dalam aksi Big Blue menerusi sepakan percuma yang sempurna sebelum perlawanan berakhir 2-2.
View this post on Instagram
Fernandes, yang menonton perlawanan A-League tersebut bersama Harry Maguire di England, memuji pemain Sepanyol itu di Instagram.
“Kami sudah tahu dari situ dia tidak akan tersasar, kan?” tulis pemain tengah Portugal itu.
Fernandes dan Mata pernah menjadi rakan sepasukan di Manchester United sepanjang dua setengah musim terakhir Mata di Old Trafford.
View this post on Instagram
Sejak berpindah ke Australia pada 2024, persembahan Mata terus mendapat perhatian rakan-rakan serta bekas rakan sepasukannya di seluruh dunia.
Bulan lalu, David De Gea turut memuat naik di Instagram bagi meraikan dua gol Mata dalam derbi Melbourne.



