Saingan Superbike Dunia (WorldSBK) akan berlangsung di Litar TT Assen, Belanda dari 17 hingga 19 April bagi pusingan ketiga musim 2026, dengan beberapa tumpuan utama menjelang aksi hujung minggu ini.
Berikut antara perkara menarik menjelang pusingan di Assen yang boleh disaksikan secara langsung di SPOTV NOW.
View this post on Instagram
Bulega kejar beberapa rekod penting
Nicolò Bulega berada dalam prestasi terbaik selepas memulakan musim dengan enam kemenangan berturut-turut. Jika sekali lagi menguasai ketiga-tiga perlumbaan di Assen, pelumba Itali ini akan semakin menghampiri rekod 11 kemenangan berturut-turut dari awal musim milik Álvaro Bautista.
Prestasinya juga konsisten sejak penghujung musim lalu, dengan keseluruhan 10 kemenangan berturut-turut setakat ini — hanya tiga di belakang rekod 13 kemenangan milik Toprak Razgatlıoğlu.
Selain itu, Bulega turut mencatat 19 penamat podium berturut-turut. Satu lagi hujung minggu cemerlang boleh menyaksikannya menghampiri antara rekod sepanjang zaman milik Jonathan Rea (24), Colin Edwards (25) dan Razgatlıoğlu (25).
View this post on Instagram
Rea sekali lagi gantikan Dixon
Jonathan Rea sekali lagi akan menggantikan Jake Dixon yang masih belum pulih daripada kecederaan, dan bergandingan dengan pelumba Thailand, Somkiat Chantra bersama Honda HRC.
Assen bukan litar asing buat juara dunia enam kali itu, malah antara yang paling digemarinya dengan rekod 17 kemenangan. Ia memberi peluang terbaik buatnya untuk bangkit selepas aksi kurang memberangsangkan di Portimão.
View this post on Instagram
Wakil tuan rumah curi perhatian
Walaupun tanpa kehadiran Michael van der Mark, penyokong Belanda masih mempunyai wakil untuk disokong apabila Twan Smits membuat penampilan sulung sebagai wildcard.
Pelumba berusia 24 tahun itu, yang mempunyai pengalaman di Assen menerusi saingan Supersport dan Supersport 300, akan beraksi bersama Team Apreco menggunakan jentera Yamaha YZF-R1.
View this post on Instagram
Moto4 Northern Cup bermula
Moto4 Northern Cup membuka tirai musim 2026 di Assen sebagai sebahagian daripada perlumbaan sokongan. Siri ini menjadi platform penting pembangunan pelumba muda, termasuk Collin Veijer dan Filip Salač yang kini beraksi di Moto2.
View this post on Instagram



