McLaren didenda walaupun sudah tinggalkan Formula E

(NEOM McLaren Formula E Team)

Walaupun sudah hampir setahun meninggalkan Formula E, McLaren masih berdepan tindakan susulan daripada FIA.

Pengeluar Britain itu dikenakan denda €400,000 (RM1.86 juta) selepas didapati melebihi had perbelanjaan yang ditetapkan Formula E ketika musim terakhir mereka dalam kejuaraan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Formula E (@fiaformulae)

Menurut FIA, McLaren Electric Racing Ltd membelanjakan sekitar £555,628 (RM2.59 juta) melebihi had yang dibenarkan, bersamaan lebihan sebanyak 4.54 peratus.

Bagaimanapun, FIA mengklasifikasikan kes itu sebagai pelanggaran kecil dan menjelaskan sebahagian besar lebihan perbelanjaan tersebut berpunca daripada proses penamatan operasi pasukan selepas keputusan dibuat untuk meninggalkan Formula E.

FIA turut memaklumkan bahawa McLaren sendiri mendedahkan perkara itu sebelum semakan selesai dijalankan, selain tidak menemukan sebarang bukti bahawa pasukan tersebut bertindak dengan niat tidak baik atau cuba mendapatkan kelebihan kompetitif menerusi lebihan perbelanjaan berkenaan.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian yang dicapai bersama FIA, McLaren perlu menjelaskan denda tersebut dalam tempoh 30 hari selain menanggung kos siasatan yang dijalankan.

McLaren menyertai Formula E pada 2022 sebelum menarik diri pada penghujung musim 2024/25.

Sepanjang tiga musim dalam kejuaraan itu, McLaren meraih satu kemenangan serta beberapa penamat podium.

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW