Mason Miller meneruskan prestasi cemerlangnya bersama San Diego Padres apabila sekali lagi dipilih sebagai Reliever Terbaik Bulanan Liga Nasional (NL) bagi Mei.
Pengiktirafan itu menjadikan Miller pemenang anugerah tersebut untuk tiga bulan berturut-turut selepas turut merangkulnya pada September 2025 dan April lalu.
Beliau juga menjadi pemain pertama melakar pencapaian itu sejak Edwin Díaz pada 2022.
Sepanjang Mei, Miller tidak melepaskan sebarang earned run dalam 9 2/3 inning, selain mencatat 20 strikeout dan menyempurnakan kesemua tujuh peluang save yang diperoleh.
View this post on Instagram
Dalam Liga Amerika (AL), anugerah Reliever Terbaik Bulanan menjadi milik Cade Smith selepas pemain Cleveland Guardians itu merekodkan 25 strikeout dalam 13 2/3 inning sepanjang bulan berkenaan.
Sementara itu, Nick Kurtz dari Athletics dan JJ Bleday dari Cincinnati Reds masing-masing dipilih sebagai Pemain Terbaik Bulanan bagi AL dan NL.
Bagi kategori Pitcher Terbaik Bulanan, Spencer Arrighetti (Houston Astros) menerima penghormatan bagi AL, manakala Cristopher Sánchez (Philadelphia Phillies) dipilih bagi NL.
Anugerah Rookie Terbaik Bulanan pula menjadi milik Munetaka Murakami (Chicago White Sox) dalam AL, sementara TJ Rumfield dari Colorado Rockies menerima pengiktirafan sama dalam NL.
View this post on Instagram



