Final Piala Raja Arab Saudi 2026 semakin hampir, dengan Al Hilal dan Al Kholood dijadual bertemu pada 8 Mei, secara langsung di SPOTV NOW.
Al Hilal memburu gelaran ke-10 untuk terus memecahkan rekod, manakala Al Kholood pula berada di ambang sejarah dengan peluang menjulang trofi buat kali pertama.
Berikut perjalanan kedua-dua pasukan ke final.
| Al Hilal | Peringkat | Al Kholood |
|---|---|---|
| 1-0 Al Adalah | Pusingan 32 | 2-1 Al Bukiryah |
| 1-0 Al Okhdood | Pusingan 16 | 1-0 Al Najma |
| 4-1 Al Fateh | Suku Akhir | 4-3 Al Khalaaj |
| 1-1 Al Ahli (4-2 p.s.) |
Separuh Akhir | 2-2 Al Ittihad (5-4 p.s.) |
Al Hilal
Kempen Al Hilal bermula kurang meyakinkan apabila hanya menang tipis 1-0 ke atas pasukan divisyen dua, Al Adalah, dalam jadual padat yang menyaksikan mereka mengharungi lima perlawanan dalam tempoh 12 hari merentasi beberapa kejohanan.
Kemenangan di pusingan 16 ke atas Al Okhdood juga hadir dalam keadaan sama, namun prestasi mereka semakin baik apabila jadual kembali lebih teratur. Di suku akhir, pasukan kendalian Simone Inzaghi tampil lebih meyakinkan dengan kemenangan 4-1 ke atas Al Fateh, sekali gus mengukuhkan status sebagai pencabar utama.
Cabaran sebenar hadir di separuh akhir menentang Al Ahli. Walaupun sering berada di bawah tekanan sepanjang 120 minit permainan, Al Hilal kekal tenang sebelum mara menerusi penentuan penalti.
Al Kholood
Walaupun Al Kholood tidak berada dalam kelompok atas dalam Liga Profesional Arab Saudi, namun perjalanan mereka dalam Piala Raja cukup mencuri perhatian.
Mereka melepasi pusingan awal termasuk kemenangan dramatik dalam perlawanan tujuh gol menentang Al Khalaaj, sebelum mencipta kejutan terbesar di separuh akhir. Dalam aksi tersebut, Al Kholood menewaskan juara bertahan Al Ittihad untuk melangkah ke final buat kali pertama dalam sejarah kelab.
Rekod Pertemuan
Berdasarkan pertemuan musim ini, Al Hilal memiliki kelebihan jelas selepas mencatat kemenangan 3-1 dan 6-0 dalam saingan liga.
Namun final dijangka lebih sengit kerana beberapa pemain utama Al Hilal seperti Kalidou Koulibaly, Karim Benzema, Malcom dan Hamad Al Yami berdepan isu kecederaan dan kecergasan ketika ini.
Sebaliknya, Al Kholood hadir dengan skuad hampir lengkap dan akan bergantung kepada Abdulaziz Al-Aliwa, yang tampil cemerlang musim ini dan baru meraih anugerah Pemain Muda Terbaik Bulanan buat kali keempat.
View this post on Instagram



