Alex Marquez, Zarco stabil selepas kemalangan ngeri di GP Catalunya
Oleh Lee Seng Foo11 jam lalu
(MotoGP)
Álex Márquez dan Johann Zarco dilaporkan berada dalam keadaan sedar selepas terbabit dalam dua kemalangan berasingan berkelajuan tinggi di Grand Prix Catalunya 2026.
Márquez terjatuh ketika perlumbaan Ahad selepas terlanggar Pedro Acosta, manakala Zarco pula terbabit dalam insiden menakutkan sejurus perlumbaan dimulakan semula apabila beliau terperangkap di bawah jentera Francesco Bagnaia.
Menurut BK8 Gresini Racing MotoGP, Márquez mengalami retak kecil pada vertebra C7 di bahagian leher serta patah tulang selangka kanan.
LCR Honda pula mengesahkan Zarco mengalami kecederaan ligamen dan tulang rawan pada lutut selain retak kecil berhampiran buku lali.
Kedua-dua pelumba kemudian berkongsi perkembangan terkini keadaan mereka menerusi media sosial.
“Semua dalam kawalan. Saya berada dalam jagaan yang terbaik. Terima kasih atas semua sokongan dan mesej yang saya terima,” tulis Márquez.
“Saya akan terus berkongsi perkembangan terkini, tetapi saya cuma mahu semua orang tahu bahawa keadaan saya okay,” kata Zarco menerusi video di Instagram.
Máximo Quiles terus mencuri perhatian dalam musim Moto3 2026 apabila menjuarai Grand Prix Catalunya pada Ahad.
Pelumba muda Sepanyol berusia 18 tahun itu menewaskan Álvaro Carpe dan David Muñoz untuk meraih kemenangan keempatnya musim ini.
Sebelum ini, Quiles turut muncul juara di Brazil, Jerez dan Perancis, selain dua kali sekadar berpuas hati di tempat kedua selepas tewas tipis kepada David Almansa di Thailand dan Guido Pini di Amerika Syarikat.
Konsistensi luar biasa itu menyaksikannya mengumpul 140 mata selepas enam pusingan pertama musim ini — rekod baharu bagi jumlah mata tertinggi dalam Moto3 pada peringkat tersebut.
Catatan itu mengatasi rekod lama 127 mata yang sebelum ini dipegang bersama oleh Brad Binder pada 2016 dan Luis Salom pada 2013.
Quiles, yang sudah disebut-sebut sebagai calon juara dunia sebelum musim bermula, kini mengukuhkan kedudukan di puncak carta keseluruhan dengan 140 mata, jauh meninggalkan Adrián Fernández di tempat kedua yang mengumpul 76 mata.
Rafael Nadal menafikan spekulasi bahawa beliau akan bertanding jawatan presiden Real Madrid.
Juara 22 Grand Slam dan penyokong setia kelab gergasi Sepanyol itu tampil memberi penjelasan menerusi media sosial pada Rabu susulan spekulasi yang semakin hangat mengenai pemilihan presiden baharu kelab.
“Saya membaca laporan yang mengaitkan saya dengan kemungkinan pencalonan sebagai presiden Real Madrid. Saya ingin jelaskan bahawa laporan itu tidak benar,” tulisnya di X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.
Kenyataan Nadal hadir sehari selepas presiden semasa, Florentino Pérez, mengesahkan bahawa pemilihan presiden akan diadakan di kelab tersebut.
He leído informaciones que me relacionan con posibles candidaturas a la presidencia del Real Madrid. Me gustaría aclarar que estas informaciones no son ciertas.
Walaupun menolak khabar angin itu, Nadal sebelum ini tidak pernah menyembunyikan minatnya untuk memimpin Real Madrid suatu hari nanti, namun pada masa sama terus menyuarakan sokongan kepada Pérez.
“Ya, saya mahu menjadi presiden Real Madrid,” kata Nadal pada 2023.
“Tetapi buat masa ini tiada apa yang perlu diperkatakan kerana kami mempunyai presiden terbaik. Dalam hidup, banyak perkara boleh berubah dan anda perlu fikir sama ada anda benar-benar mampu memikul tanggungjawab tersebut.”
Sejak bersara daripada tenis profesional pada 2024, Nadal semakin aktif dalam pelbagai projek sukan dan perniagaan termasuk saingan E1 Series serta padel.
Dominasi Jannik Sinner dalam Jelajah ATP sejak awal 2024 menjadikannya antara pemain paling sukar ditewaskan dalam tenis lelaki moden.
Juara empat Grand Slam itu tampil konsisten di hampir setiap kejohanan menerusi permainan agresif dari baseline, ketenangan ketika mata penting dan kemampuan mengekalkan tahap tinggi secara berterusan.
Dalam tempoh itu, Carlos Alcaraz muncul satu-satunya pemain yang benar-benar mampu memberi tentangan konsisten kepada pemain Itali tersebut. Namun dengan bintang Sepanyol itu kini diketepikan akibat kecederaan, kebanyakan pemain lain bergelut untuk menyaingi Sinner.
Selepas Terbuka Madrid 2026, berikut 10 pemain terakhir selain Alcaraz yang berjaya menewaskan Sinner dalam Jelajah ATP.
Pemain muda Czech ini mencipta antara kemenangan terbesar dalam kariernya apabila menamatkan rentetan 22 kemenangan berturut-turut Sinner menerusi kemenangan 7-6(3), 2-6, 6-3 di Doha.
Novak Djokovic (Separuh Akhir Terbuka Australia 2026)
Djokovic mempamerkan pengalaman dan ketahanan luar biasa apabila bangkit dua kali selepas kehilangan set untuk menewaskan Sinner 3-6, 6-3, 4-6, 6-4, 6-4 di Melbourne.
Kemenangan Griekspoor hadir selepas Sinner menarik diri akibat masalah fizikal, namun pemain Belanda ini tetap wajar diberikan pujian selepas berjaya menandingi intensiti permainan Sinner dan memberi tekanan konsisten sejak awal perlawanan.
Bublik menamatkan rentetan 66 kemenangan berturut-turut Sinner ke atas pemain di luar kelompok 20 terbaik dunia. Sinner bermula baik dengan memenangi set pertama, namun Bublik bangkit untuk menang 3-6, 6-3, 6-4 sebelum kemudian menjuarai Halle buat kali kedua.
Daniil Medvedev (Suku Akhir Kejohanan Wimbledon 2024)
Medvedev menampilkan disiplin taktikal dan pertahanan yang tinggi dalam pertarungan lima set di Centre Court. Pemain Rusia ini menang 6-7(7), 6-4, 7-6(4), 2-6, 6-3 sekali gus menafikan peluang Sinner mara ke separuh akhir Wimbledon buat kali pertama.
Stefanos Tsitsipas (Separuh Akhir Masters Monte Carlo 2024)
Tsitsipas kembali menemui rentak terbaiknya di gelanggang tanah liat ketika menuju gelaran ketiga di Monte Carlo. Kemenangan 6-4, 3-6, 6-4 ke atas Sinner menjadi ujian paling sukar sepanjang kejohanannya, malah set yang dimenangi Sinner itu merupakan satu-satunya set yang dilepaskan Tsitsipas sepanjang minggu tersebut.
Shelton mencatat antara kemenangan terbesar dalam musim kebangkitannya apabila permainan kidal agresifnya menyukarkan Sinner di Shanghai. Selepas kehilangan set pembukaan, pemain Amerika ini bangkit dengan lebih berani untuk menang 2-6, 6-3, 7-6(5).
Bersandarkan servis kuat dan kestabilan pukulan backhand, Zverev menewaskan Sinner 6-4, 3-6, 6-2, 4-6, 6-3 dalam pertarungan hampir lima jam di Flushing Meadows.
Musim MotoGP 2026 terus berlangsung di Eropah minggu ini apabila saingan beralih ke Circuit de Barcelona-Catalunya bagi Grand Prix Catalunya yang merupakan antara pusingan paling mencabar dari segi teknikal dan litar Sepanyol kedua dalam kalendar musim ini.
Menjelang aksi berkelajuan tinggi yang boleh disaksikan secara langsung di SPOTV NOW, berikut lima fakta menarik untuk diketahui.
Perlumbaan 'laman sendiri' buat beberapa pelumba
Jika Jerez sering dianggap 'rumah' buat pelumba Sepanyol, Montmeló pula mempunyai nilai lebih peribadi bagi beberapa nama tempatan dari Catalonia. Adik-beradik Márquez berasal dari Cervera, Maverick Viñales pula dari Figueres, manakala Álex Rins dilahirkan di Barcelona. Ia menjadikan Grand Prix Catalunya antara hujung minggu paling istimewa buat pelumba tempatan.
Marc Márquez bakal terlepas Grand Prix Catalunya buat kali ketiga dalam karier MotoGP selepas kemalangan di Le Mans. Juara dunia enam kali itu sebelum ini turut tidak beraksi pada edisi 2020 dan 2022 ketika menjalani proses pemulihan pembedahan tangan, dengan Stefan Bradl menggantikannya dalam kedua-dua perlumbaan tersebut.
Walaupun belum disahkan secara rasmi, Ducati dijangka menggunakan khidmat pelumba ujian berpengalaman Michele Pirro sebagai pengganti.
Apabila Álex Márquez menjuarai perlumbaan di Montmeló tahun lalu, beliau bukan sahaja meraih kemenangan MotoGP pertamanya di litar itu, malah menjadi satu-satunya pelumba era moden yang pernah menang Grand Prix Catalunya dalam ketiga-tiga kelas. Sebelum itu, beliau pernah menang dalam Moto3 pada 2014 serta Moto2 pada 2017 dan 2019.
Kemenangan Álex Márquez dari petak utama tahun lalu sebenarnya satu pencapaian yang jarang berlaku di Montmeló. Dalam tempoh 20 tahun terakhir, hanya empat pelumba berjaya menukar pole position menjadi kemenangan di Grand Prix Catalunya. Statistik itu menunjukkan perlumbaan di litar ini sering dipengaruhi faktor seperti pengurusan tayar, rentak perlumbaan dan pertarungan slipstream menuju selekoh pertama.
Bola sepak dan MotoGP bertemu
Grand Prix Catalunya sering menyatukan dunia bola sepak dan MotoGP. Pemain serta tokoh yang mempunyai kaitan dengan FC Barcelona dan RCD Espanyol kerap hadir di paddock, termasuk mengambil bahagian dalam upacara bendera penamat. Antara nama yang pernah terlibat dalam edisi sebelum ini ialah Carles Puyol, Joan García dan Marcos Alonso.