Alex Marquez, Zarco stabil selepas kemalangan ngeri di GP Catalunya

(MotoGP)

Álex Márquez dan Johann Zarco dilaporkan berada dalam keadaan sedar selepas terbabit dalam dua kemalangan berasingan berkelajuan tinggi di Grand Prix Catalunya 2026.

Márquez terjatuh ketika perlumbaan Ahad selepas terlanggar Pedro Acosta, manakala Zarco pula terbabit dalam insiden menakutkan sejurus perlumbaan dimulakan semula apabila beliau terperangkap di bawah jentera Francesco Bagnaia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPOTV SEA (@spotvsea)

Menurut BK8 Gresini Racing MotoGP, Márquez mengalami retak kecil pada vertebra C7 di bahagian leher serta patah tulang selangka kanan.

LCR Honda pula mengesahkan Zarco mengalami kecederaan ligamen dan tulang rawan pada lutut selain retak kecil berhampiran buku lali.

Kedua-dua pelumba kemudian berkongsi perkembangan terkini keadaan mereka menerusi media sosial.

“Semua dalam kawalan. Saya berada dalam jagaan yang terbaik. Terima kasih atas semua sokongan dan mesej yang saya terima,” tulis Márquez.

“Saya akan terus berkongsi perkembangan terkini, tetapi saya cuma mahu semua orang tahu bahawa keadaan saya okay,” kata Zarco menerusi video di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johann Zarco (@johannzarco)

Perlumbaan itu dimenangi Fabio Di Giannantonio walaupun mengalami kecederaan lebam ketika insiden Marquez.

Joan Mir, yang pada awalnya menamatkan perlumbaan di tempat kedua, kemudian dikenakan penalti tekanan tayar bersama empat pelumba lain.

Keputusan itu menyaksikan Fermín Aldeguer dan Bagnaia masing-masing dinaikkan ke tempat kedua dan ketiga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPOTV SEA (@spotvsea)

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW