Quiles cipta rekod baharu Moto3 selepas menang di Catalunya

(MotoGP)

Máximo Quiles terus mencuri perhatian dalam musim Moto3 2026 apabila menjuarai Grand Prix Catalunya pada Ahad.

Pelumba muda Sepanyol berusia 18 tahun itu menewaskan Álvaro Carpe dan David Muñoz untuk meraih kemenangan keempatnya musim ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPOTV SEA (@spotvsea)

Sebelum ini, Quiles turut muncul juara di Brazil, Jerez dan Perancis, selain dua kali sekadar berpuas hati di tempat kedua selepas tewas tipis kepada David Almansa di Thailand dan Guido Pini di Amerika Syarikat.

Konsistensi luar biasa itu menyaksikannya mengumpul 140 mata selepas enam pusingan pertama musim ini — rekod baharu bagi jumlah mata tertinggi dalam Moto3 pada peringkat tersebut.

Catatan itu mengatasi rekod lama 127 mata yang sebelum ini dipegang bersama oleh Brad Binder pada 2016 dan Luis Salom pada 2013.

Quiles, yang sudah disebut-sebut sebagai calon juara dunia sebelum musim bermula, kini mengukuhkan kedudukan di puncak carta keseluruhan dengan 140 mata, jauh meninggalkan Adrián Fernández di tempat kedua yang mengumpul 76 mata.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aspar Team (@asparteam)

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW