Juan Mata sertai pemilikan Melbourne Victory

Juan Mata terus mengukuhkan hubungannya dengan Melbourne Victory apabila menjadi sebahagian daripada kumpulan pemilik kelab A-League itu.

Pelaburan tersebut dibuat secara berasingan daripada statusnya sebagai pemain.

Bekas bintang Sepanyol berusia 38 tahun itu juga masih belum memutuskan sama ada akan terus beraksi pada musim depan.

Sekiranya menamatkan karier sebagai pemain, Mata akan mempengerusikan jawatankuasa bola sepak yang baharu ditubuhkan oleh kelab berkenaan.

Mata menikmati musim pertama yang cukup cemerlang bersama Melbourne Victory apabila membantu pasukan itu menamatkan saingan A-League Men di tangga keempat.

Prestasi konsistennya turut melayakkan beliau dinobatkan sebagai pemenang Johnny Warren Medal 2025/26, anugerah pemain terbaik liga.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Melbourne Victory (@gomvfc)

“Saya benar-benar percaya bola sepak Australia mempunyai masa depan yang cerah,” kata Mata.

“Sejak tiba di Melbourne Victory, saya dapat merasai sendiri semangat yang dimiliki kelab ini serta potensi besar A-League.

“Saya mahu menjadi sebahagian daripada perjalanan itu, bukan sekadar untuk semusim tetapi bagi jangka masa panjang.”

Penyertaan Mata dalam struktur pemilikan kelab berkuat kuasa serta-merta, sekali gus menjadikannya antara segelintir pemain profesional yang masih aktif memiliki pegangan dalam kelab yang diwakilinya.

Selain Melbourne Victory, bekas pemain Manchester United dan Chelsea itu turut mempunyai pelaburan dalam kelab MLS, San Diego FC, serta pasukan F1, Alpine.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPOTV Indonesia (@spotv.indonesia)