4 pelumba MotoGP yang masih memburu kemenangan sulung

(Luca Gambuti/MotoGP)

Kemenangan Ai Ogura di Grand Prix Belanda 2026 menyaksikan hanya empat pelumba sepenuh masa yang masih belum pernah memenangi perlumbaan MotoGP.

Pelumba Jepun itu mencipta kemenangan sulungnya di Assen selepas menewaskan rakan sepasukan Trackhouse Racing, Raul Fernandez, manakala Jorge Martin dari Aprilia melengkapkan kedudukan podium.

Kejayaan tersebut turut menyaksikan Ogura muncul pelumba Jepun pertama memenangi perlumbaan kelas premier sejak Makoto Tamada di Motegi pada 2004, selain menjadi pemenang Grand Prix ke-125 yang berbeza dalam sejarah MotoGP.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MotoGP™ (@motogp)

Kemenangan itu juga meneruskan trend beberapa pelumba berjaya meraih kemenangan pertama dalam kelas premier sejak dua musim kebelakangan ini. Raul Fernandez dan Fermin Aldeguer masing-masing membuka akaun kemenangan MotoGP mereka pada musim 2025.

Kini, Pedro Acosta menjadi pelumba paling menonjol yang masih menunggu kemenangan sulungnya dalam MotoGP walaupun sudah beberapa kali menaiki podium.

Turut masih memburu kejayaan pertama ialah Luca Marini yang kini memasuki musim keenamnya dalam kelas premier bersama Honda.

Dua lagi pelumba yang belum pernah bergelar pemenang MotoGP ialah Diogo Moreira dan Toprak Razgatlioglu, yang masing-masing sedang mengharungi musim sulung mereka dalam kategori berkenaan.

Berikut senarai penuh pelumba sepenuh masa MotoGP serta rekod kemenangan mereka dalam kelas premier setakat 29 Jun 2026.

Pelumba Kemenangan Kemenangan Terbaharu
Marc Marquez 75 Grand Prix Czechia 2026
Francesco Bagnaia 31 Grand Prix Jepun 2025
Fabio Quartararo 11 Grand Prix Jerman 2022
Marco Bezzecchi 10 Grand Prix Itali 2026
Maverick Vinales 10 Grand Prix Americas 2024
Jorge Martin 9 Grand Prix Perancis 2026
Enea Bastianini 7 Grand Prix Emilia Romagna 2024
Alex Rins 6 Grand Prix Americas 2023
Alex Marquez 4 Grand Prix Sepanyol 2026
Jack Miller 4 Grand Prix Jepun 2022
Franco Morbidelli 3 Grand Prix Valencia 2020
Brad Binder 2 Grand Prix Austria 2021
Fabio Di Giannantonio 2 Grand Prix Catalunya 2026
Johann Zarco 2 Grand Prix Perancis 2025
Ai Ogura 1 Grand Prix Belanda 2026
Fermin Aldeguer 1 Grand Prix Indonesia 2025
Joan Mir 1 Grand Prix Eropah 2020
Raul Fernandez 1 Grand Prix Australia 2025
Luca Marini 0
Pedro Acosta 0
Toprak Razgatlioglu 0
Diogo Moreira 0