Liga Malaysia sumbang pemain terbanyak di Piala ASEAN FIFA 2026

Liga Malaysia menjadi penyumbang pemain terbesar dalam edisi sulung Piala ASEAN FIFA 2026 apabila 38 pemain daripada kelab tempatan disenaraikan bersama pasukan kebangsaan masing-masing.

Kejohanan baharu yang menghimpunkan negara Asia Tenggara bersama tiga pasukan jemputan itu berlangsung dari 24 September hingga 5 Oktober.

Lapan pasukan akan bersaing dalam Divisyen 1 di Indonesia, manakala enam lagi berentap dalam Divisyen 2 di Hong Kong.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FIFA World Cup (@fifaworldcup)

Keseluruhan 14 pasukan membawa skuad 23 pemain, dengan mereka beraksi di liga lebih 30 negara. Namun, sebahagian besar pemain masih datang daripada liga domestik di Asia Tenggara.

Malaysia mendahului senarai dengan 38 pemain, termasuk 20 yang menyarung jersi Harimau Malaya.

Menariknya, 18 lagi pemain daripada kelab Malaysia akan mewakili negara lain, sekali gus menunjukkan betapa besarnya kehadiran pemain antarabangsa dari rantau ini dalam saingan domestik negara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Malaysia National Team (@malaysia_nt)

Thailand berada di tangga kedua dengan 25 pemain. Daripada jumlah itu, 20 mewakili skuad kebangsaan Thailand manakala lima lagi akan beraksi bersama negara lain.

Vietnam dan Kemboja pula masing-masing menyumbang 24 pemain. Kedua-dua negara membariskan skuad yang kesemuanya beraksi di liga domestik, selain seorang lagi pemain dari liga masing-masing yang mewakili negara lain.

Singapura dan Myanmar turut mempunyai jumlah pemain tempatan yang tinggi, masing-masing dengan 21 dan 20 pemain. Kesemua mereka mewakili pasukan kebangsaan negara sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KitaGaruda (@kitagaruda)

Indonesia pula hanya mempunyai 13 pemain daripada kelab domestik meskipun menjadi tuan rumah Divisyen 1. 11 daripada mereka disenaraikan bersama skuad Garuda.

Situasi berbeza buat Filipina apabila hanya seorang pemain daripada liga domestiknya terpilih ke kejohanan ini, iaitu pertahanan One Taguig FC, Daisuke Sato.

Bagi liga di luar negara dan wilayah yang bertanding, China menjadi penyumbang terbesar dengan lapan pemain, diikuti Australia dengan enam dan Belanda dengan lima.

Sebanyak 11 pemain pula tidak mempunyai kelab ketika senarai akhir skuad diumumkan.

Liga Jumlah Pemain Pasukan Kebangsaan Sendiri Pasukan Kebangsaan Lain
Malaysia 38 20 18
Thailand 25 20 5
Kemboja 24 23 1
Vietnam 24 23 1
Singapura 21 21 0
Myanmar 20 20 0
Bangladesh 19 16 3
Laos 18 18 0
Brunei 15 15 0
Hong Kong 15 15 0
Indonesia 13 11 2
Timor-Leste 10 10 0
China 8 0 8
Pakistan 7 7 0
Australia 6 0 6
Belanda 5 0 5
England 4 0 4
Jerman 4 0 4
Amerika Syarikat 4 0 4
Bhutan 3 0 3
Jepun 3 0 3
Portugal 3 0 3
Sweden 3 0 3
Azerbaijan 2 0 2
Croatia 2 0 2
Denmark 2 0 2
Norway 2 0 2
Sepanyol 2 0 2
Filipina 1 1 0
Belgium 1 0 1
Cyprus 1 0 1
Perancis 1 0 1
Itali 1 0 1
Maldives 1 0 1
Malta 1 0 1
Ireland Utara 1 0 1
Emiriah Arab Bersatu 1 0 1
Tanpa Kelab 11 — —