Jannik Sinner terus mengukuhkan dominasinya apabila menewaskan Alexander Zverev untuk menjuarai Madrid Open 2026.
Kemenangan itu bukan sahaja menambah koleksi gelaran ATP Masters 1000 miliknya, malah menyaksikan pemain Itali itu terus mencatat pencapaian luar biasa dalam era moden tenis.
𝐌 🧡 𝐃 𝐑 𝐈 𝐃 🏆@atptour | @janniksin | #MMOPEN pic.twitter.com/tjgqXhBet4
— #MMOPEN (@MutuaMadridOpen) May 3, 2026
Dengan pencabar terdekatnya, Carlos Alcaraz, masih berehat akibat kecederaan, pemain nombor satu dunia itu berpeluang menambah lagi rekod, khususnya dengan Roland Garros dan Wimbledon semakin hampir.
Berikut antara rekod yang telah dicapainya setakat ini.
Lima gelaran Masters 1000 berturut-turut
Kejayaan di Madrid melengkapkan lima gelaran ATP Masters 1000 berturut-turut buat Sinner, bermula dari Paris Masters 2025 hingga musim 2026.
Kemenangan di Indian Wells Open, Miami Open, Monte Carlo Masters dan Madrid Open dalam tahun sama menonjolkan tahap konsistensi luar biasa.
The first man *EVER* to win five consecutive Masters 1000 titles:
🇫🇷 Paris
🇺🇸 Indian Wells
🇺🇸 Miami
🇲🇨 Monte Carlo
🇪🇸 Madrid@janniksin #MMOpen pic.twitter.com/sX9Y07eei5— Tennis TV (@TennisTV) May 3, 2026
Final Madrid terpantas
Sinner menewaskan Zverev dalam masa hanya 57 minit di final Madrid untuk mencatat rekod baharu untuk perlawanan akhir terpantas dalam sejarah kejohanan.
Rekod sebelumnya juga melibatkan Zverev, yang tewas kepada Carlos Alcaraz dalam masa 62 minit pada 2022.
Sinner’s crowning moment 👑@janniksin produces a magnificent performance as he defeats Zverev 6-1, 6-2 for his first Madrid title! @MutuaMadridOpen | #MMOPEN pic.twitter.com/yusn2NM7M0
— ATP Tour (@atptour) May 3, 2026
Pemain termuda layak ke semua final Masters 1000
Dengan mara ke final Madrid, Sinner menjadi pemain termuda (24 tahun) yang pernah beraksi di kesemua sembilan final ATP Masters 1000, mengatasi Novak Djokovic yang mencapainya pada usia 25 tahun.
Pemain kelahiran 2000-an pertama capai 350 kemenangan
Selepas menewaskan Arthur Fils di Madrid, Sinner menjadi pemain pertama kelahiran 2000-an yang mencapai 350 kemenangan dalam Jelajah ATP.
Cool. Calm. Clinical. 🥶@janniksin is through to his 13th Masters 1000 final, after a comprehensive 6-2, 6-4 victory over Fils. @MutuaMadridOpen | #MMOPEN pic.twitter.com/06Yzc1y3k7
— ATP Tour (@atptour) May 1, 2026
Rekod set dimenangi berturut-turut di Masters 1000
Satu lagi bukti dominasi konsistennya, Sinner turut mencatat 37 set berturut-turut tanpa kalah di kejohanan Masters 1000. Rekod itu bermula di Paris Masters 2025 sebelum berakhir di Monte Carlo apabila beliau berdepan Tomas Machac.
Beliau memecahkan rekod 24 set milik Djokovic ketika menewaskan Corentin Moutet di Miami.
Jannik Sinner’s streak of 37 consecutive sets is over ❌
But, the Italian still went on to beat Tomas Machac and book his spot in the Monte Carlo quarter-finals. pic.twitter.com/2djqElAERh
— BBC Sport (@BBCSport) April 9, 2026
Termuda dan terpantas lengkapkan koleksi gelaran gelanggang keras
Kejayaan di Indian Wells melengkapkan koleksi sembilan gelaran utama gelanggang keras buat Sinner, termasuk Australian Open, US Open dan ATP Finals.
Beliau menyertai Djokovic, Roger Federer dan Andre Agassi tetapi menjadi yang termuda (24 tahun) dan terpantas (33 bulan) mencapai pencapaian itu.
Tiga gelaran Masters berturut-turut tanpa kehilangan set
Dengan menjuarai Indian Wells, Miami dan Monte Carlo tanpa kehilangan satu set pun, Sinner menjadi pemain pertama memenangi tiga kejohanan Masters 1000 berturut-turut dengan cara sebegitu dominan.
It’s happened AGAIN 🇮🇹 @janniksin & Kimi Antonelli have won on the same day:
Madrid Open & Miami GP ✅
Miami Open & Japanese GP ✅
Indian Wells & Chinese GP ✅ pic.twitter.com/K5Hzo97LPL— ATP Tour (@atptour) May 3, 2026



