Bintang MotoGP buat ramalan juara Piala Dunia 2026

(Luca Gambuti/MotoGP)

Menjelang Grand Prix Czechia hujung minggu ini, tumpuan di Brno bukan hanya terarah kepada MotoGP apabila Piala Dunia FIFA 2026 turut mencuri perhatian dalam kalangan pelumba.

Ketika sesi sidang media, beberapa pelumba ditanya mengenai pasukan pilihan mereka untuk muncul juara dunia tahun ini.

Marco Bezzecchi tidak mengambil masa lama untuk memberikan jawapannya, terutama selepas Itali sekali lagi gagal menempah tempat ke kejohanan tersebut.

“Yang pasti bukan England,” katanya berseloroh. “Saya harap Brazil.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MotoGP™ (@motogp)

Pelumba-pelumba Sepanyol pula tanpa ragu-ragu memilih negara sendiri sebagai calon juara.

Pedro Acosta, yang mengakui beliau tidak begitu mengikuti perkembangan bola sepak, tetap meletakkan harapan kepada Sepanyol.

“Saya tidak begitu mengikuti bola sepak, tetapi saya pilih Sepanyol,” kata pelumba Red Bull KTM Factory Racing itu.

Marc Marquez pula sukar memilih antara sokongan terhadap negara sendiri dan kekagumannya terhadap salah seorang legenda bola sepak dunia.

“Sepanyol atau Argentina. Kerana Lionel Messi,” kata juara dunia MotoGP itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MotoGP™ (@motogp)

Argentina hadir ke Piala Dunia 2026 selaku juara bertahan selepas menjuarai edisi 2022 di Qatar, manakala Sepanyol turut dianggap antara pasukan pilihan selepas muncul juara UEFA Euro 2024.

Selepas sesi tersebut, tumpuan kembali terarah kepada Grand Prix Czechia yang berlangsung hujung minggu ini dan disiarkan secara langsung menerusi SPOTV NOW.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPOTV SEA (@spotvsea)