Rins sah tinggalkan Yamaha hujung musim MotoGP 2026

(MotoGP)

Álex Rins mengesahkan beliau akan meninggalkan pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP selepas tamat musim 2026.

Pelumba berusia 30 tahun itu membuat pengumuman tersebut pada hari Khamis menjelang Grand Prix Sepanyol, sambil mendedahkan bahawa Yamaha telah pun mendapatkan pengganti, yang dilaporkan ialah Ai Ogura.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPOTV Indonesia (@spotv.indonesia)

“11 hari lalu, apabila saya menghubungi Massimo Meregalli, saya terus bertanya sama ada ada perkembangan baharu,” katanya.

“Dia berkata tidak sepatutnya berkongsi, tetapi kerana hubungan baik antara kami, dia memberitahu bahawa mereka sudah menandatangani pelumba baharu.

“Saya akui ini bukan situasi yang mudah untuk saya […] tetapi keputusan sudah dibuat dan saya perlu menghormatinya.

“Saya akan terus memberikan 100%. Saya masih Alex yang sama seperti ketika menang bersama Suzuki dan Honda, dan masih ada 18 perlumbaan lagi. Kami akan berikan segalanya.”

Rins menyertai Yamaha pada 2024 selepas pulih daripada kecederaan kaki serius, namun bergelut untuk kembali ke prestasi terbaik dan menyaingi kepantasan rakan sepasukan, Fabio Quartararo.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPOTV Malaysia (@spotvmy)

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW