Sukan fizikal dan digital kembali bergabung di Games of the Future

Gabungan aksi sukan tradisional dan permainan video kembali menjadi tarikan utama apabila Games of the Future membuka tirainya minggu ini, dengan konsep ‘phygital’ sekali lagi menjadi tunjang kejohanan pelbagai sukan itu.

Selepas diperkenalkan di Kazan pada 2024 dan diteruskan di Abu Dhabi tahun lalu, edisi 2026 akan berlangsung di Astana, Kazakhstan, dari 29 Julai hingga 9 Ogos, menghimpunkan lebih 800 atlet dari lebih 50 negara yang akan bersaing merebut hadiah wang tunai keseluruhan melebihi AS$4 juta.

Berbeza daripada kejohanan pelbagai sukan lain, Games of the Future menggunakan format ‘phygital’, yang menggabungkan prestasi atlet dalam pertandingan digital dan sukan fizikal.

Setiap pertembungan bermula menerusi permainan video sebelum diteruskan dalam versi sebenar sukan berkenaan, dengan keputusan daripada kedua-dua peringkat digabungkan untuk menentukan pemenang.

Sukan ‘phygital’ yang dipertandingkan tahun ini ialah bola sepak, bola keranjang, menembak, pertarungan dan tarian.

Bagi acara esukan pula, judul popular seperti Dota 2, PUBG: Battlegrounds dan Mobile Legends: Bang Bang turut dipertandingkan.

Acara terpilih akan disiarkan secara langsung menerusi SPOTV NOW.

Barisan acara Games of the Future 2026

Acara Jenis Permainan Video
Bola Keranjang Phygital 3on3 FreeStyle
Bola Sepak Phygital UFL
Menembak Phygital Counter-Strike 2
Pertarungan Phygital Fatal Fury: City of the Wolves
Tarian Phygital Just Dance
MOBA PC Esukan Dota 2
MOBA Mobile Esukan Mobile Legends: Bang Bang
Battle Royale Esukan PUBG: Battlegrounds