Hari Ini Dalam Sejarah: Arsenal tewaskan Tottenham 5-4 pada 2004

Arsenal meraih kemenangan penuh dramatik ke atas Tottenham pada November 2004.

Pada 13 November 2004, Arsenal menewaskan Tottenham Hotspur 5-4 dalam salah satu perlawanan paling dramatik dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.

Tottenham membuka jaringan di White Hart Lane menerusi Noureddine Naybet pada minit ke-37, namun Thierry Henry menyamakan kedudukan buat The Gunners sebelum rehat.

Anak buah Arsene Wenger kemudian mendahului awal babak kedua apabila Lauren menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-55, diikuti gol Patrick Vieira lima minit kemudian.

Bagaimanapun, skuad bimbingan Martin Jol segera membalas melalui Jermain Defoe pada minit ke-61 untuk menjadikan kedudukan 3-2.

Freddie Ljungberg mengembalikan kelebihan dua gol Arsenal pada minit ke-69, tetapi Ledley King sekali lagi merapatkan jurang lima minit kemudian.

Robert Pires tampak memastikan kemenangan Arsenal dengan gol pada minit ke-81, namun Tottenham enggan mengalah apabila Frederic Kanoute menewaskan Jens Lehmann pada minit ke-88 untuk menjadikan kedudukan 5-4.

Spurs terus memberikan tekanan pada detik-detik akhir, namun Arsenal kekal utuh bertahan untuk meraih kemenangan penuh dramatik, sekali gus membawa pulang tiga mata berharga dan maruah derbi London Utara dalam salah satu aksi paling diingati dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW