Jentera Aprilia mencuri perhatian dalam ujian pasca musim MotoGP

Aprilia muncul jentera paling menyerlah dalam ujian pasca musim MotoGP di Valencia pada Selasa selepas pelumba Trackhouse MotoGP, Raul Fernandez, mencatat masa terpantas 1’29.373.

Fernandez melengkapkan 52 pusingan dan memberikan isyarat awal kemampuan jentera Aprilia menjelang musim 2026.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPOTV Malaysia (@spotvmy)

Marco Bezzecchi dari Aprilia Racing mencatat masa kedua terpantas, hanya 0.027 saat di belakang Fernandez.

Jorge Martin, yang melalui musim 2025 penuh kesukaran akibat kecederaan, kembali ke litar dan melengkapkan 52 pusingan untuk mengukuhkan keyakinannya serta pasukan Aprilia Racing.

Ai Ogura menjadi pelumba paling sibuk selepas melengkapkan 64 pusingan, terbanyak dalam kalangan semua pelumba.

Yamaha pula berdepan ujian lebih sukar apabila empat pengguna jenteranya berada dalam kelompok lapan paling perlahan.

Fabio Quartararo, yang mencatat masa terbaik Yamaha di kedudukan ke-15, berkata pasukannya banyak menghabiskan masa menukar tetapan motosikal bagi mendapatkan semula kekuatan utama pada bahagian hadapan.

Turut berada dalam kelompok perlahan ialah pendatang baharu MotoGP, Toprak Razgatlioglu, yang melengkapkan 53 pusingan dalam proses menyesuaikan diri.

Pengurus pasukan Prima Pramac Yamaha MotoGP, Gino Borsoi, tetap memuji kemampuan juara tiga kali Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) itu menukar gaya tunggangan dengan pantas.

Ducati pula tampil kukuh walaupun tanpa Marc Marquez yang masih dalam proses pemulihan.

Nicolo Bulega, yang menggantikan Marquez, menamatkan sesi di tempat kelapan dengan 45 pusingan, lebih laju berbanding Francesco Bagnaia.

Bagnaia berada di tempat ke-10 selepas melengkapkan 50 pusingan meskipun terjatuh ketika sesi berbaki 45 minit.

Alex Marquez muncul pelumba Ducati terpantas selepas mencatat 1’29.457 untuk menduduki tempat ketiga keseluruhan.

 

Pelumba Pasukan Masa Jumlah Lap
1 Raul FERNANDEZ Trackhouse MotoGP Team 1’29.373 52
2 Marco BEZZECCHI Aprilia Racing 1’29.400 60
3 Alex MARQUEZ BK8 Gresini Racing MotoGP 1’29.457 53
4 Fermin ALDEGUER BK8 Gresini Racing MotoGP 1’29.550 55
5 Pedro ACOSTA Red Bull KTM Factory Racing 1’29.581 53
6 Maverick VIÑALES Red Bull KTM Tech3 1’29.620 56
7 Fabio DI GIANNANTONIO Pertamina Enduro VR46 Racing Team 1’29.641 47
8 Nicolo BULEGA Ducati Lenovo Team 1’29.661 45
9 Brad BINDER Red Bull KTM Factory Racing 1’29.711 52
10 Francesco BAGNAIA Ducati Lenovo Team 1’29.731 50
11 Ai OGURA Trackhouse MotoGP Team 1’29.834 64
12 Joan MIR Honda HRC Castrol 1’29.872 37
13 Johann ZARCO CASTROL Honda LCR 1’29.894 46
14 Luca MARINI Honda HRC Castrol 1’29.916 44
15 Fabio QUARTARARO Monster Energy Yamaha MotoGP Team 1’29.927 46
16 Jorge MARTIN Aprilia Racing 1’29.994 52
17 Enea BASTIANINI Red Bull KTM Tech3 1’30.291 47
18 Toprak RAZGATLIOGLU Prima Pramac Yamaha MotoGP 1’30.667 53
19 Alex RINS Monster Energy Yamaha MotoGP Team 1’30.720 33
20 Jack MILLER Prima Pramac Yamaha MotoGP 1’30.864 51
21 Diogo MOREIRA Honda LCR 1’31.197 57
22 Celestino VIETTI Pertamina Enduro VR46 Racing Team 1’32.511 24

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW