22 fakta menarik tentang litar MotoGP 2026

Musim MotoGP 2026 menghimpunkan 22 litar, masing-masing dengan sejarah, keunikan dan cerita tersendiri. Berikut 22 fakta menarik yang menjadikan setiap hentian dalam kalendar MotoGP 2026 begitu istimewa.

Ikuti musim baharu 2026 secara langsung di SPOTV NOW.

1) Grand Prix Thailand

Litar Antarabangsa Chang | 1 Mac
Membuat penampilan sulung pada 2018, litar Buriram terus mencuri tumpuan apabila memenangi Anugerah IRTA Best Grand Prix pada tahun pertamanya dalam kalendar MotoGP. Sejak anugerah itu diperkenalkan, ia didominasi litar di Sepanyol, menjadikan kejayaan Thailand itu sesuatu yang luar biasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPOTV Malaysia (@spotvmy)

2) Grand Prix Brazil

Litar Lumba Antarabangsa Ayrton Senna | 22 Mac
Grand Prix Brazil kembali buat pertama kali sejak 2004, mengekalkan kehadiran MotoGP di Amerika Selatan selepas GP Argentina digugurkan. Menariknya, pelumba Gresini Racing, Fermin Aldeguer, masih belum dilahirkan ketika MotoGP kali terakhir berlumba di Brazil.

3) Grand Prix Amerika Syarikat

Litar COTA | 29 Mac
Dengan pendakian setinggi 41 meter menuju Selekoh 1, COTA menampilkan perubahan altitud paling ekstrem dalam MotoGP, mewujudkan zon brek mendaki yang benar-benar unik.

4) Grand Prix Qatar

Litar Antarabangsa Lusail | 12 April
Dari 2007 hingga 2024, perlumbaan di Lusail menjadi pembuka tirai musim, kecuali 2023 yang menyaksikan Portugal diberi kehormatan tersebut. Thailand kemudian menjadi pembuka musim pada 2025 dan akan mengulangi peranan itu pada 2026.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPOTV Malaysia (@spotvmy)

5) Grand Prix Sepanyol

Litar Jerez | 26 April
Walaupun Sepanyol memiliki warisan sukan permotoran yang kaya, peminat tempatan terpaksa menunggu sehingga 1995 untuk melihat pelumba Sepanyol memenangi kelas perdana di GP Sepanyol. Alberto Puig mencatat sejarah di Jerez dengan kemenangan sulung 500cc di laman sendiri.

6) Grand Prix Perancis

Litar Bugatti | 10 Mei
Sejak 2000, GP Perancis dianjurkan secara eksklusif di Le Mans. Namun ia merupakan GP yang pernah menggunakan lapan litar berbeza yang merupakan terbanyak dalam sejarah Grand Prix.

7) Grand Prix Catalan

Litar Barcelona-Catalunya | 17 Mei
Sejak debut pada 1996, litar ini melalui banyak pengubahsuaian keselamatan. Selekoh 10 menjadi antara selekoh paling kerap diubah dalam era moden MotoGP.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPOTV Malaysia (@spotvmy)

8) Grand Prix Itali

Litar Mugello | 31 Mei
Dikenali dengan laluan lurus utama yang panjang, Mugello memegang hampir semua rekod kelajuan tertinggi MotoGP. Rekod terpantas 366.1 km/j dicatat Brad Binder (2023) dan disamai Pol Espargaro (2024).

9) Grand Prix Hungary

Litar Balaton Park | 7 Jun
Edisi 2026 menandakan penampilan keempat GP Hungary dalam kalendar MotoGP. Dua edisi terawal pada 1990-an berlangsung di Hungaroring.

10) Grand Prix Republik Czech

Litar Brno | 21 Jun
Edisi 1996 menghasilkan penamat paling rapat dalam sejarah kelas perdana apabila Alex Criville menewaskan Mick Doohan dengan beza 0.002 saat.

11) Dutch TT

Litar Assen | 28 Jun
Bersama GP Itali, Assen berada dalam kalendar sejak permulaan Grand Prix pada 1949, kecuali 2020 akibat pandemik COVID-19.

12) Grand Prix Jerman

Litar Sachsenring | 12 Julai
Litar ini adalah kegemaran Marc Marquez, dengan 11 kemenangan berturut-turut di pelbagai kelas dari 2010 hingga 2021 yang merupakan antara dominasi paling luar biasa dalam sejarah.

13) Grand Prix Britain

Litar Silverstone | 9 Ogos
Dengan jarak 5.9km, Silverstone merupakan litar terpanjang dalam kalendar MotoGP 2026 dan antara yang terpanjang dalam era moden.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPOTV Malaysia (@spotvmy)

14) Grand Prix Aragon

Litar Aragon | 30 Ogos
Walaupun bergelar legenda, Valentino Rossi tidak pernah menang di kelas perdana di Aragon. Keputusan terbaiknya hanyalah tempat ketiga pada 2013, 2015 dan 2016.

15) Grand Prix San Marino

Litar Misano | 13 September
Apabila kembali ke kalendar pada 2007, Misano menjalani ubah suai besar termasuk pertukaran arah litar daripada lawan jam ke arah jam.

16) Grand Prix Austria

Litar Red Bull Ring | 20 September
Litar ini menjadi ‘kryptonite’ Marc Marquez selama bertahun-tahun sebelum dia akhirnya menang di sini buat kali pertama pada 2025.

17) Grand Prix Jepun

Litar Motegi | 4 Oktober
Tragedi kematian Daijiro Kato pada 2003 menyebabkan acara ini dipindahkan secara kekal dari Suzuka ke Motegi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPOTV Malaysia (@spotvmy)

18) Grand Prix Indonesia

Litar Jalanan Antarabangsa Mandalika | 11 Oktober
Pertama kali dianjurkan di Sentul pada 1990-an, GP Indonesia hanya kembali semula pada 2022 selepas krisis kewangan Asia 1997.

19) Grand Prix Australia

Litar Phillip Island | 25 Oktober
Terkenal dengan angin kencang dan selekoh laju, pelumba sering perlu melawan angin untuk mengekalkan kestabilan jentera.

20) Grand Prix Malaysia

Litar Antarabangsa Sepang | 1 November
Sepang ialah antara litar paling sibuk di Asia dan terlengkap di dunia, pernah menjadi tuan rumah F1, ARRC dan World Superbike.

21) Grand Prix Portugal

Litar Antarabangsa Algarve | 15 November
Pandemik COVID-19 membawa kepulangan mengejut GP Portugal pada 2020 selepas kali terakhir dianjurkan pada 2012. MotoE turut memilih Portimao sebagai venue pada 2024 dan 2025.

22) Grand Prix Komuniti Valencia

Litar Ricardo Tormo | 22 November
Sejak penjenamaan MotoGP bermula pada 2002, Valencia menjadi venue penentu kejuaraan paling kerap, dengan enam gelaran ditentukan di sini. Kejuaraan terakhir diputuskan di Valencia ialah kemenangan Francesco Bagnaia pada 2023.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPOTV Malaysia (@spotvmy)

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW