Reynolds, Vettel dan Mbappe berlayar bersama SailGP

SailGP kembali untuk musim keenam dengan pembuka tirai di Perth Sail Grand Prix pada 17 Januari, menandakan satu lagi musim perlumbaan berintensiti tinggi di pentas lautan dunia. Sering digelar sebagai F1 di atas air, siri pelayaran antarabangsa ini terus mengubah landskap sukan elit menerusi penggunaan katamaran foiling F50 berprestasi tinggi serta lokasi perlumbaan berkonsep stadium di kawasan pesisir.

Namun, impak SailGP bukan sekadar terhad kepada aksi di atas laut. Di sebalik perlumbaan berkelajuan tinggi, liga ini semakin menjadi tarikan kepada selebriti global, atlet bertaraf dunia dan pelabur berprofil tinggi.

Menjelang musim 2026 yang boleh ditonton secara langsung di SPOTV NOW, berikut ialah beberapa tokoh terkenal di luar dunia pelayaran yang kini memiliki pegangan dalam pasukan SailGP.

Hugh Jackman & Ryan Reynolds

Bonds Flying Roos (Australia)

Dua bintang filem Deadpool & Wolverine ini bergabung di luar kamera apabila menjadi pemilik bersama pasukan Australia, yang juga merupakan juara SailGP sebanyak tiga kali, pada Jun 2025. Bagi Jackman, langkah ini menandakan penglibatan rasmi pertamanya dalam pemilikan pasukan sukan profesional.

Bagi Reynolds pula, pelaburan ini mengembangkan lagi portfolio sukannya. Pelakon Kanada itu turut merupakan pemilik bersama kelab bola sepak Wales, Wrexham AFC, memegang pegangan minoriti dalam pasukan F1 Alpine, serta terlibat dalam konsortium pemilik kelab Colombia, La Equidad.

Sebastian Vettel

Germany SailGP Team presented by Deutsche Bank (Jerman)

Selepas bersara daripada F1, juara dunia empat kali ini menyertai projek SailGP Jerman pada 2023 bersama pemilik pasukan, Thomas Riedel dan pemenang pingat gangsa Olimpik dua kali, Erik Heil.

Bukan sekadar pelabur pasif atau wajah promosi, beliau kerap dilihat memberi sokongan terbuka kepada pasukan, malah mencuri perhatian pada musim 2025 apabila turut serta dalam aksi fly-by sebelum perlumbaan di Germany Sail Grand Prix.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SailGP (@sailgp)

Kylian Mbappe

France SailGP Team (Perancis)

Bintang Real Madrid ini menyertai barisan pemilik SailGP pada awal 2025 menerusi syarikat pelaburannya, Coalition Capital. Selain itu, yayasan kebajikannya, Inspired By KM, turut dilantik sebagai rakan kebajikan rasmi pasukan Perancis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SailGP (@sailgp)

Anne Hathaway

Red Bull Italy SailGP Team (Itali)

Pemenang Anugerah Oscar ini merupakan sebahagian daripada kumpulan pelabur berprofil tinggi yang mengambil alih pasukan Itali pada Mei 2025.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SailGP (@sailgp)

Jozy Altidore

United States SailGP Team (Amerika Syarikat)

Konsortium bekas penyerang Hull City dan Sunderland ini memperoleh pasukan SailGP Amerika Syarikat pada 2023. Kumpulan pelabur tersebut turut merangkumi bekas juara tinju dunia Deontay Wilder, bintang NFL DeAndre Hopkins serta pelakon terkenal Issa Rae.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jozy Altidore (@jozyaltidore)

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW