Menjelang Piala Dunia FIFA 2026, Monterrey bakal menjadi pentas kepada satu perlawanan berprofil tinggi yang menghimpunkan legenda bola sepak antarabangsa hujung minggu ini.
Perlawanan Juego de Leyendas tersebut akan menyaksikan pasukan FIFA Legends berdepan Mexico Legends di Estadio BBVA, sebagai sebahagian daripada aktiviti promosi sempena kejohanan bola sepak terbesar dunia yang akan dianjurkan bersama oleh Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada.
Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di SPOTV NOW, dengan sepak mula dijadualkan pada jam 9.00 pagi, 18 Januari (GMT+8).
La Navidad nos llegó antes y prácticamente tenemos nuestro roster completo para el Juego de Leyendas Corona. 🔥⚽️
¡Sé parte de este legendario evento rumbo a la Copa Mundial de la FIFA 2026™️ este próximo 17 de enero en nuestra sede mundialista! 🏆🏟️
Pd: Con algunas sorpresas… pic.twitter.com/0hxuqy8y8m
— FIFA World Cup 26™ Monterrey (@MonterreyFWC26) December 24, 2025
Barisan FIFA Legends bakal dibarisi nama-nama besar dunia seperti Xavi Hernández, Sergio Busquets, Carles Puyol, Pepe, Alessandro Del Piero, Francesco Totti, Christian Vieri, Marco Materazzi, René Higuita serta Patrick Kluivert, yang baru-baru ini menggalas tugas sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Indonesia.
Bekas pengendali Real Madrid dan England, Fabio Capello, turut akan terlibat sebagai ketua jurulatih pasukan FIFA Legends.
Sementara itu, pasukan Mexico Legends akan menampilkan deretan bekas pemain kebangsaan termasuk Luis Hernández, Jared Borgetti, Miguel Layún, Oribe Peralta, Héctor Moreno, Andrés Guardado, Paco Palencia, Marco Fabián, Óscar Pérez, Hiram Mier dan Moisés Muñoz.
View this post on Instagram
Ini merupakan edisi kedua perlawanan legenda tersebut, selepas penganjuran sulung pada September 2024 yang berakhir dengan keputusan seri 3-3 sebelum FIFA Legends menang menerusi penentuan penalti.
Edisi pertama itu menampilkan legenda ternama seperti Andrea Pirlo, John Terry, Gianluigi Buffon, Didier Drogba dan Diego Forlán.



