Analisis skuad Piala Thomas & Uber 2026

Pusingan akhir Piala Thomas & Uber 2026 akan berlangsung di Horsens, Denmark dari 24 April hingga 3 Mei, dengan China sekali lagi dilihat sebagai pasukan pilihan utama dalam kedua-dua saingan.

Dalam Piala Thomas, China menurunkan skuad hampir terbaik, dengan hanya dua pemain beregu berada di luar kelompok 20 terbaik dunia. Walaupun sedikit menjejaskan kekuatan purata beregu lelaki, kedalaman skuad mereka dalam acara perseorangan dan beregu masih menjadi penanda aras kepada pasukan lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Badminton Indonesia (@badminton.ina)

Jepun, Chinese Taipei dan Indonesia kekal sebagai pencabar utama dengan barisan yang seimbang, manakala Malaysia menonjol khususnya dalam acara beregu lelaki, yang boleh dianggap antara paling kuat dalam kejohanan ini.

Bagi Piala Uber pula, China sekali lagi mendahului dengan hampir semua pemain mereka berada dalam kelompok 10 terbaik dunia dan memberi satu gambaran jelas terhadap konsistensi dan kekuatan mereka dalam saingan badminton wanita. Jepun dan Chinese Taipei dilihat paling hampir mencabar, namun masih belum setanding dari segi keseimbangan keseluruhan skuad.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BAM (@ba_malaysia)

Walaupun jurang antara pasukan utama kelihatan ketara di atas kertas, saingan berpasukan sering ditentukan oleh padanan pemain, prestasi semasa dan ketenangan di saat genting, bukan sekadar kedudukan ranking.

Berikut perbandingan kekuatan setiap skuad menjelang kejohanan.

Piala Thomas

Pasukan Jumlah Pemain Purata Ranking MS Purata Ranking MD Kumpulan
China 10 11.0 82.0 A
India 10 29.4 19.0 A
Kanada 10 328.0 143.0 A
Australia 7 668.6 363.1 A
Jepun 10 20.4 21.7 B
Malaysia 10 49.5 5.0 B
England 10 372.0 82.7 B
Finland 6 479.8 930.2 B
Chinese Taipei 10 16.8 16.3 C
Denmark 10 31.8 24.3 C
Korea Selatan 10 104.3 55.0 C
Sweden 10 448.8 407.4 C
Indonesia 10 26.5 9.0 D
Perancis 10 31.3 45.0 D
Thailand 10 143.3 50.3 D
Algeria 5 815.5 274.0 D

Piala Uber

Pasukan Jumlah Pemain Purata Ranking WS Purata Ranking WD Kumpulan
China 10 26.8 4.7 A
India 10 70.5 258.4 A
Denmark 10 28.8 343.0 A
Ukraine 8 374.1 199.0 A
Jepun 10 21.6 10.0 B
Malaysia 10 224.0 93.2 B
Türkiye 8 106.7 261.2 B
Afrika Selatan 5 600.3 357.4 B
Chinese Taipei 10 24.5 15.0 C
Indonesia 10 84.8 22.7 C
Kanada 9 322.6 187.7 C
Australia 6 470.0 240.0 C
Korea Selatan 10 74.3 30.8 D
Thailand 10 10.8 292.7 D
Bulgaria 9 201.6 295.7 D
Sepanyol 9 205.7 201.0 D

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW