Serena cetus spekulasi kembali ke Wimbledon 2026

(Pip Cowley/USTA)

Serena Williams mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan kembali beraksi di Wimbledon selepas menerima wildcard untuk menyertai acara beregu wanita di HSBC Championships.

Pemenang 23 gelaran Grand Slam perseorangan itu dijadual membuat penampilan profesional pertamanya sejak Terbuka Amerika Syarikat 2022, kejohanan yang dianggap sebagai penutup tirai karier gemilangnya.

Menurut laporan, legenda tenis berusia 44 tahun itu akan bergandingan dengan bintang muda Kanada, Victoria Mboko, dalam kejohanan WTA 500 di gelanggang rumput tersebut.

Williams turut mengumumkan kepulangannya ke gelanggang menerusi satu video yang dimuat naik di media sosial.

Dalam video berkenaan, beliau tampil hampir keseluruhannya dalam pakaian berwarna putih yang cukup sinonim dengan Wimbledon dan kod pemakaian serba putih yang terkenal di All England Club.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Serena Williams (@serenawilliams)

Walaupun belum ada sebarang pengesahan selain penyertaannya di Queen’s Club, kepulangan Williams ke saingan kompetitif di gelanggang rumput hanya beberapa minggu sebelum Wimbledon secara tidak langsung menguatkan spekulasi mengenai kemungkinan beliau menerima wildcard ke kejohanan tersebut.

Penganjur Wimbledon sebelum ini tidak asing memberikan wildcard kepada bekas juara dan pemain ternama yang kembali beraksi, khususnya dalam acara beregu.

Wimbledon 2026 dijadual berlangsung bermula 29 Jun.

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW