Djokovic cabar McIlroy rebut jaket hijau Masters

(AELTC/Simon Bruty)

Novak Djokovic menceriakan suasana di Wimbledon apabila secara berseloroh menyatakan hasrat untuk memiliki jaket hijau Masters milik Rory McIlroy.

Juara Grand Slam 24 kali itu melontarkan gurauan berkenaan sejurus menewaskan Stefanos Tsitsipas 6-3, 6-4, 6-2 bagi mengesahkan tempat ke pusingan ketiga Wimbledon.

McIlroy yang berada di Royal Box turut menjadi perhatian apabila hadir mengenakan jaket hijau ikonik Masters, simbol yang diberikan kepada juara kejohanan golf berprestij itu.

Pemain dari Ireland Utara tersebut menjuarai Masters pada 2025 sebelum mempertahankan gelarannya musim ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wimbledon (@wimbledon)

Ketika ditemu bual selepas perlawanan, Djokovic menyedari kehadiran beberapa bintang golf termasuk McIlroy, Justin Rose dan Luke Donald.

“Rory, Justin, Luke… seronok dapat melihat anda semua. Tahniah juga kepada Team Europe atas kemenangan Ryder Cup. Saya menontonnya,” katanya.

Djokovic kemudian bergurau mengenai jaket hijau yang dipakai McIlroy.

“Jaket itu memang cantik. Itu jaket Masters, bukan? Saya pun mahukan jaket itu. Apa kata kita bertanding? Jaket yang saya pakai ini menentang jaket hijau itu. Kita main tenis sahaja, bukan golf.”

Gurauan tersebut mengundang gelak tawa penonton di Centre Court.

Djokovic seterusnya akan berdepan Arthur Rinderknech dari Perancis dalam usahanya memburu gelaran Grand Slam perseorangan ke-25, manakala McIlroy kini memberi tumpuan kepada Terbuka Scottish dan The Open Championship yang bakal berlangsung bulan ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPOTV SEA (@spotvsea)