China akan menjadi destinasi baharu Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) apabila Litar Antarabangsa Shanghai dipilih sebagai venue penutup musim 2027.
Perlumbaan itu bakal menjadi kunjungan pertama WorldSBK ke China sejak kejuaraan tersebut diperkenalkan pada 1988, selain menandakan kembalinya saingan itu ke Asia selepas empat tahun.
View this post on Instagram
Kali terakhir WorldSBK berlumba di rantau ini adalah pada 2023 apabila Mandalika menjadi tuan rumah pusingan Indonesia buat musim ketiga berturut-turut.
Sepanjang sejarahnya, WorldSBK pernah singgah di beberapa negara Asia termasuk Malaysia, Thailand dan Jepun.
Kehadiran China dalam kalendar juga hadir ketika pengeluar motosikal negara itu semakin aktif dalam kejohanan sokongan WorldSBK.
QJMOTOR, ZXMOTO dan Kove kini mempunyai wakil dalam WorldSSP serta WorldSPB, malah beberapa pengeluar China sudah mula mencatat kejayaan di pentas antarabangsa.
Kove mencipta sejarah pada 2025 apabila menjadi pengeluar China pertama memenangi kejuaraan pelumba WorldSSP300 menerusi Benat Fernandez.
ZXMOTO kemudian mencuri perhatian dalam penampilan sulung WorldSSP musim ini bersama Valentin Debise.
Pelumba Perancis itu menghadiahkan kemenangan pertama kepada ZXMOTO dengan memenangi kedua-dua perlumbaan di Portimao pada Mac sebelum menambah beberapa lagi kemenangan sepanjang musim.
Penganjuran di Shanghai kini memberi peluang kepada peminat tempatan menyaksikan sendiri aksi WorldSBK.
Kemasukan Shanghai turut menambah satu lagi destinasi di luar Eropah ketika sebahagian besar kalendar WorldSBK masih tertumpu di benua tersebut.
Pada musim 2026, Phillip Island di Australia menjadi satu-satunya pusingan yang berlangsung di luar Eropah.
Saksikan WorldSBK secara langsung menerusi SPOTV NOW.



