Messi & Inter Miami bakal beraksi di stadium baharu mulai April

Inter Miami CF akan membuat penampilan sulung di stadium baharu, Miami Freedom Park, pada 4 April selepas Major League Soccer (MLS) mengumumkan jadual penuh musim 2026 pada Khamis.

Lionel Messi dan rakan sepasukan akan menjadi tuan rumah kepada Austin FC dalam perlawanan pertama di venue berkapasiti 25,000 tempat duduk itu, yang mula dibina pada Ogos 2023.

The Herons ketika ini beraksi di Chase Stadium di Fort Lauderdale.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Inter Miami CF (@intermiamicf)

Inter Miami akan membuka kempen MLS 2026 dengan lima perlawanan di tempat lawan, bermula menentang Son Heung-min dan LAFC pada 21 Februari di Los Angeles Memorial Coliseum, sebelum kembali ke Florida untuk aksi perasmian stadium.

MLS turut mengesahkan bahawa liga akan berehat dari 25 Mei hingga 16 Julai bagi memberi laluan kepada Piala Dunia FIFA 2026 yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Musim regular akan berakhir pada 7 November.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Major League Soccer (@mls)

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW