Kemalangan Martin jadi tumpuan ujian MotoGP Barcelona

(Luca Gambuti)

Jorge Martin menjadi perhatian dalam sesi ujian MotoGP di Barcelona pada Isnin selepas mengalami kemalangan dan memaksa bendera merah dikibarkan.

Pelumba Aprilia Racing itu kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut, sekali gus menambah episod sukar buat juara dunia 2024 tersebut selepas turut melalui hujung minggu yang penuh insiden di Grand Prix Catalunya.

Selain insiden Martin yang menghentikan aksi seketika, hujan pada sebelah petang turut menjejaskan perjalanan ujian hingga banyak pasukan tidak dapat meneruskan program mereka seperti dirancang.

Dalam catatan masa keseluruhan, Pedro Acosta muncul pelumba terpantas buat Red Bull KTM dengan masa 1:38.767.

Fabio Quartararo berada di tempat kedua dengan perbezaan hanya 0.064 saat, manakala Enea Bastianini melengkapkan tiga terbaik, 0.117 saat di belakang Acosta.

Ujian di Barcelona juga berlangsung dengan jumlah pelumba yang lebih sedikit susulan perlumbaan penuh drama pada Ahad.

Antara yang tidak turun ke litar ialah pemenang GP Catalunya Fabio Di Giannantonio, selain Álex Márquez dan Johann Zarco yang masih menjalani pemulihan akibat kecederaan.

Secara keseluruhan, hanya 19 pelumba MotoGP turun ke litar ketika pasukan menggunakan sesi ini untuk mengumpul data dan menguji tetapan baharu sebelum Grand Prix Itali di Mugello.

Pelumba Pasukan Jentera Masa Terbaik Jurang
1 Pedro Acosta Red Bull KTM Factory Racing KTM 1:38.767
2 Fabio Quartararo Monster Energy Yamaha MotoGP Team Yamaha 1:38.831 0.064
3 Enea Bastianini Red Bull KTM Tech3 KTM 1:38.884 0.117
4 Maverick Viñales Red Bull KTM Tech3 KTM 1:38.957 0.190
5 Raul Fernandez Trackhouse MotoGP Team Aprilia 1:39.007 0.240
6 Ai Ogura Trackhouse MotoGP Team Aprilia 1:39.061 0.294
7 Fermin Aldeguer BK8 Gresini Racing MotoGP Ducati 1:39.083 0.316
8 Franco Morbidelli Pertamina Enduro VR46 Racing Team Ducati 1:39.128 0.361
9 Diogo Moreira Pro Honda LCR Honda 1:39.254 0.487
10 Francesco Bagnaia Ducati Lenovo Team Ducati 1:39.319 0.552
11 Marco Bezzecchi Aprilia Racing Aprilia 1:39.559 0.792
12 Brad Binder Red Bull KTM Factory Racing KTM 1:39.622 0.855
13 Alex Rins Monster Energy Yamaha MotoGP Team Yamaha 1:39.762 0.995
14 Luca Marini Honda HRC Castrol Honda 1:39.843 1.076
15 Joan Mir Honda HRC Castrol Honda 1:39.857 1.090
16 Jack Miller Prima Pramac Yamaha MotoGP Yamaha 1:39.943 1.176
17 Jorge Martin Aprilia Racing Aprilia 1:39.992 1.225
18 Augusto Fernandez Yamaha Factory Racing Yamaha 1:40.024 1.257
19 Toprak Razgatlioglu Prima Pramac Yamaha MotoGP Yamaha 1:40.052 1.285

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW