Andrea Iannone sah menyertai Niti Racing bagi musim 2026 Harley-Davidson Bagger World Cup.
Bekas pelumba MotoGP dari Itali itu akan mewakili pasukan Indonesia berkenaan bersama Óscar Gutiérrez dan Dimas Ekky Pratama.
Pelumba berusia 36 tahun itu dijangka membuat penampilan sulung dalam Bagger World Cup pada pusingan kedua musim di Mugello pada penghujung Mei.
View this post on Instagram
Iannone sebelum ini mencatat satu kemenangan dan 11 podium sepanjang karier MotoGP sebelum digantung selama empat tahun oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Beliau kembali ke saingan kompetitif pada 2024 bersama Team GoEleven dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK).
Iannone turut membuat satu penampilan dalam MotoGP bersama Pertamina Enduro VR46 Racing Team di Grand Prix Malaysia 2024.
Harley-Davidson Bagger World Cup membuka tirai musim ini di Circuit of the Americas sebagai perlumbaan sokongan MotoGP.
Archie McDonald kini mendahului kedudukan pelumba dengan 41 mata selepas memenangi perlumbaan pertama musim ini, manakala Gutiérrez menjuarai Perlumbaan 2.
View this post on Instagram



