Federer kembali ke Terbuka AS

(Pip Cowley/USTA)

Roger Federer akan kembali ke Arthur Ashe Stadium pada 25 Ogos menerusi satu perlawanan khas sempena Terbuka Amerika Syarikat (US Open) 2026.

Pemenang 20 gelaran Grand Slam itu akan tampil bersama Andy Roddick, Andre Agassi dan John McEnroe dalam penampilan pertamanya di kejohanan berkenaan sejak 2019.

Federer menikmati banyak detik terbaik dalam kariernya di New York, termasuk muncul juara US Open lima tahun berturut-turut dari 2004 hingga 2008.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by US Open (@usopen)

Menurut Federer, US Open sentiasa mempunyai tempat yang istimewa buat dirinya.

“Banyak kenangan yang tidak dapat saya lupakan berlaku di New York dan Arthur Ashe Stadium adalah tempat yang sangat bermakna buat saya,” katanya.

“Saya merindui suasana di sana serta semangat yang dibawa oleh para peminat setiap tahun.

“Peluang untuk kembali ke Arthur Ashe dan berkongsi pentas dengan Andy, Andre dan John menjadikan pengalaman ini lebih bermakna.

“Saya tidak sabar untuk bertemu semula dengan para peminat dan menikmati satu malam yang cukup istimewa.”

US Open 2026 akan berlangsung dari 23 Ogos hingga 13 September dan disiarkan secara langsung di SPOTV NOW.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPOTV SEA (@spotvsea)

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW