Ange Postecoglou dan Arthur Papas bakal kembali berkongsi pentas, kali ini sebagai seteru dalam Liga Pro Saudi selepas masing-masing dilantik mengendalikan Al Nassr dan Al Ettifaq.
Papas pernah menjadi pembantu Postecoglou di Yokohama F. Marinos, dengan gandingan mereka menghadiahkan kejuaraan J1 League kepada kelab Jepun itu pada 2019.
View this post on Instagram
Selepas meninggalkan Yokohama, Papas memulakan karier sebagai ketua jurulatih bersama Kagoshima United sebelum mengendalikan Newcastle Jets, Buriram United dan Cerezo Osaka.
Pada tahun ini, beliau membawa Cerezo Osaka menamatkan saingan di tempat ketiga dalam J1 100 Year Vision League, sekali gus dipilih sebagai Jurulatih Terbaik Divisyen Barat J.League.
Postecoglou pula terus mengukuhkan reputasinya apabila menambah kejuaraan Liga Perdana Scotland serta Liga Europa UEFA dalam koleksi trofinya.
View this post on Instagram
Mereka merupakan antara beberapa wajah baharu di bangku kejurulatihan Liga Pro Saudi menjelang musim 2026/27.
Bruno Lage turut dilantik sebagai ketua jurulatih Al Diriyah, manakala Fabio Carille menyertai Al Fayha.
Sementara itu, Zarko Lazetic mengendalikan Al Taawoun dan Jose Gomes dilantik sebagai pengendali baharu Al Khaleej.



