Marc Marquez memberikan isyarat paling jelas setakat ini bahawa beliau berada di landasan tepat untuk kembali beraksi dalam musim MotoGP 2026 selepas menjalani ujian tertutup pada Khamis.
Juara dunia 2025 itu sebelum ini terpaksa menamatkan musim lebih awal susulan kecederaan bahu yang dialaminya ketika Grand Prix Indonesia pada Oktober lalu.
Namun, Marquez kini kembali menunggang jentera apabila turun ke litar menggunakan Ducati Panigale di Litar Aspar.
Pelumba Sepanyol itu berkongsi keterujaannya kembali ke litar menerusi media sosial, meluahkan rasa gembira selepas akhirnya dapat kembali ke atas asfalt selepas beberapa minggu menjalani proses pemulihan.
View this post on Instagram
Dalam tempoh tersebut, Marquez meningkatkan tahap pemulihan secara berperingkat, bermula dengan aktiviti berbasikal di kawasan pergunungan sebelum beralih kepada tunggangan dirt bike.
Penampilan terbaharunya itu memberi petanda positif menjelang Ujian Sepang, yang dijadual berlangsung kurang daripada sebulan lagi.
Musim MotoGP 2026 akan membuka tirai di Grand Prix Thailand dari 27 Februari hingga 1 Mac.
Peminat boleh menyaksikan kesemua 22 perlumbaan musim 2026 secara langsung di SPOTV NOW.
View this post on Instagram



