Doohan kibarkan bendera penamat kepulangan F1 ke Sepang

(Luca Gambuti/MotoGP)

Legenda perlumbaan motosikal Mick Doohan menjadi antara tarikan pada kepulangan Formula One (F1) ke Sepang apabila diberi penghormatan mengibarkan bendera penamat pada Grand Prix Bahrain di Malaysia.

Juara dunia 500cc lima kali itu menyambut Max Verstappen ketika pelumba berkenaan melintasi garisan penamat untuk meraih kemenangan pertamanya musim ini.

Kimi Antonelli menamatkan perlumbaan di tempat kedua, manakala Lewis Hamilton melengkapkan kedudukan podium.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FORMULA 1® (@f1)

Litar Antarabangsa Sepang kembali menganjurkan perlumbaan F1 buat kali pertama sejak 2017 selepas Grand Prix Bahrain terpaksa dipindahkan ke Malaysia susulan konflik di Asia Barat.

Kehadiran Doohan di garisan penamat turut mencuri perhatian peminat perlumbaan motosikal selepas perlumbaan yang beberapa kali terganggu akibat hujan.

Doohan merupakan antara pelumba paling berjaya dalam sejarah perlumbaan Grand Prix motosikal selepas mendominasi kelas 500cc bersama Honda dengan lima gelaran dunia berturut-turut dari 1994 hingga 1998.

Sepanjang kariernya, pelumba Australia itu meraih 54 kemenangan Grand Prix.

Hubungannya dengan F1 pula bukan sekadar sebagai tetamu di Sepang. Anaknya, Jack Doohan pernah berlumba bersama Alpine sebelum menyertai Haas sebagai pelumba simpanan tahun ini.

Selepas menyaksikan kepulangan F1, Sepang seterusnya akan menjadi tumpuan MotoGP apabila Grand Prix Malaysia berlangsung dari 30 Oktober hingga 1 November.

Saksikan aksi MotoGP secara langsung menerusi SPOTV NOW.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SPOTV Indonesia (@spotv.indonesia)