Previu A-League: Auckland FC buru kemenangan kelima dalam Derbi Kiwi

Satu lagi minggu penuh aksi A-League Men menanti, dengan pertembungan yang berpotensi mengubah kedudukan liga ketika musim mula memasuki rentaknya. Ada pasukan yang sedang sarat keyakinan, ada yang masih mencari konsistensi dan beberapa yang sudah pun merasai tekanan awal musim. Dengan Derbi Kiwi dan pelbagai perlawanan menarik di seluruh liga, hujung minggu kali ini menjanjikan aksi yang mencuri tumpuan di setiap venue.

Saksikan semua perlawanan secara langsung di SPOTV NOW.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by A-Leagues (@aleagues)

Macarthur vs Melbourne Victory

5 Disember @ 4:35PM (GMT+8)
Kegawatan Melbourne Victory berterusan minggu lalu dengan kekalahan keempat dalam enam perlawanan, menyaksikan mereka tercorot dalam liga. Di samping tekanan yang semakin memuncak, kunjungan mereka ke Stadium Sukan Campbelltown turut diiringi tamparan lain apabila mereka tidak dapat menurunkan Denis Genreau yang dilayangkan kad merah menentang Brisbane Roar. Ketiadaannya mengurangkan sentuhan kreatif penting dalam usaha skuad kendalian Arthur Diles memburu tiga mata yang amat diperlukan.

Perth Glory vs Western Sydney Wanderers

5 Disember @ 6:45PM (GMT+8)
Kedua-dua pasukan hadir dengan keyakinan baharu selepas mencatat dua kemenangan berturut-turut. Kebangkitan The Glory bermula sebaik sahaja bekas pemain tengah Manchester United, Tom Lawrence, kembali daripada protokol gegaran otak, dengan satu gol dan satu bantuan jaringan disumbangkannya dalam dua kemenangan tersebut. Sementara itu, The Wanderers tiba di HBF Park selepas menguasai Derbi Sydney dan kini memburu satu lagi kemenangan penting.

Auckland FC vs Wellington Phoenix

6 Disember @ 12:00PM (GMT+8)
Dari segi prestasi semasa, Wellington hadir ke Derbi Kiwi dengan keyakinan selepas kemenangan 2-1 ke atas Adelaide United, manakala Auckland FC dikejutkan dengan kekalahan kepada Newcastle Jets. Namun sejarah pertembungan ini memberikan gambaran berbeza, apabila Auckland memenangi keempat-empat pertemuan antara kedua-dua pasukan setakat ini, termasuk kemenangan 2-1 dalam perlawanan terakhir mereka walaupun terpaksa beraksi dengan hanya sembilan pemain.

Newcastle Jets vs Melbourne City

6 Disember @ 2:00PM (GMT+8)
The Jets mengejutkan Auckland FC minggu lalu dan kini memburu satu lagi ‘giant-killing’ apabila juara bertahan, Melbourne City, bertandang ke New South Wales. The City masih bergelut mencari rentak konsisten musim ini, dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang Central Coast Mariners dalam aksi terakhir mereka. Dengan perlawanan penting AFC Champions League Elite menentang FC Seoul semakin hampir, Aurelio Vidmar perlu bijak mengimbangi penggiliran pemain dan keperluan meraih keputusan positif, sekali gus menjadikan pertembungan ini berpotensi besar menghadirkan satu lagi kejutan.

Central Coast Mariners vs Sydney FC

6 Disember @ 4:35PM (GMT+8)
Skuad bimbingan Ufuk Talay melakukan perjalanan singkat untuk satu lagi pertembungan setempat New South Wales, selepas tewas 1–0 kepada Western Sydney Wanderers. Mariners pula kerap menyukarkan lawan apabila beraksi di laman sendiri dan sekali lagi dijangka menjadi cabaran getir buat pasukan pelawat.

Adelaide United vs Brisbane Roar

7 Disember @ 4:35PM (GMT+8)
Prestasi hambar Adelaide United di tempat lawan berterusan dengan kekalahan 2–1 di Wellington, namun kepulangan ke Stadium Coopers, di mana mereka memiliki antara rekod laman sendiri paling konsisten dalam liga, dijangka memberi lonjakan moral. Sementara itu, Brisbane Roar tiba sebagai pasukan dalam prestasi terbaik, tanpa kalah dalam empat perlawanan terakhir. Dengan kedua-dua pasukan berpotensi menamatkan minggu di puncak liga, pertembungan ini membawa kepentingan besar dan boleh menjadi titik penting dalam musim masing-masing.

Jorge Martin: From Heaven to Hell

Coming into the season as the reigning World Champion, the Spaniard endured a nightmare year, as injury derailed his debut campaign with Aprilia

SPOTV NOW